🌾 TOP 6 TEMPAT “FARM STAY” DI JOHOR YANG BEST UNTUK PERCUTIAN UNIK & TENANG
Jika anda sedang mencari percutian yang lebih dekat dengan alam, jauh dari hiruk-pikuk bandar dan penuh aktiviti menyeronokkan, Farm Stay adalah pilihan terbaik! Johor kini menawarkan pelbagai destinasi farm stay yang Instagram-worthy, penuh dengan pengalaman interaktif seperti beri makan haiwan, petik buah segar dan nikmati suasana kampung moden.
Jom kami kongsikan Top 6 Tempat Farm Stay Di Johor yang sesuai untuk seisi keluarga!
1. 🌿 V’Farm Village
Sedang mencari lokasi percutian alam yang tenang, penuh aktiviti ladang dan healing vibes? V’Farm Village di Pekan Nanas, Johor adalah destinasi hidden gem yang semakin popular untuk family trip, retreat atau healing weekend!
V’Farm Village menampilkan konsep agro-nature healing yang sangat sesuai untuk anda yang ingin lari sekejap dari kesibukan bandar dan tenangkan fikiran. Suasananya damai, ala kampung moden, dengan sentuhan kreatif yang menenangkan mata dan hati. Tempat ini juga sering dijadikan lokasi program motivasi, retreat dan healing, terutamanya oleh pengikut Hairul Vcool. Setiap sudut farm direka dengan elemen estetik yang cantik – dari dekorasi dusun moden, haiwan ternakan comel, pemandangan Gunung Pulai, hinggalah ke spot OOTD yang sesuai untuk konten Instagram, Reels dan TikTok.
Apa yang menarik:
V’Farm Village menawarkan pelbagai jenis penginapan homestay dan dorm yang sesuai untuk semua – dari pasangan, keluarga, hingga ke rombongan pelajar atau peserta kursus.
Bilik selesa berhawa dingin
Pilihan premium seperti “Bilik Emas”
Bilik dorm untuk kumpulan atau retreat
Kawasan berpagar, bersih & sesuai untuk anak-anak
Tak lengkap farm stay kalau tiada aktiviti ladang! Di sini, anda boleh:
Beri makan haiwan di Mini Zoo V’Farm (arnab, ayam belanda, rusa, itik, angsa & banyak lagi)
Naik ATV dan ronda ladang
Hiking terus ke Gunung Pulai dari farm
Mandi manda di kolam renang
Cuba memanah atau santai pancing
📍 Lokasi: Jalan Sawah, Pekan Nanas, Johor
📱 Tempahan: WhatsApp 010-3225778
2. 🐐 Talula Hill Farm
Tempat ini bukan sekadar ladang biasa – ia adalah gabungan eco-farm dan resort bukit yang Instagrammable! Lokasinya yang berada di Kluang, Johor, dan Talula Hill menawarkan penginapan dalam bentuk kabin moden berlatar belakangkan bukit menghijau.
Apa yang menarik:
✅ Kabin berhawa dingin dengan bilik mandi sendiri
✅ Beri makan kambing, arnab, ayam & itik
✅ Petik buah dan tanam sayur sendiri
✅ Hiking, kolam renang & aktiviti outdoor
✅ Makanan “farm to table” dari hasil ladang mereka sendiri
- Location: PTD 40612, Jalan Padang Tembak, 86000 Kluang, Johor, Malaysia
- Opening Hours: 9:00 am – 7:00 pm
- Room Price for 2 Adults: From RM503
3. 🌾 Kasih Sayang Farmstay
Dengan nama seindah suasana, Kasih Sayang Farmstay menawarkan suasana kampung yang mendamaikan bersama fasiliti moden. Terletak tidak jauh dari bandar Kluang, tempat ini sangat sesuai untuk percutian tenang bersama keluarga.
Apa yang menarik:
✅ Homestay kayu moden lengkap dengan kolam renang
✅ Aktiviti ladang: tangkap ikan, tanam sayur, beri makan haiwan
✅ Tempat BBQ, karaoke & ruang santai untuk family bonding
✅ Persekitaran yang bersih dan penuh kehijauan
- Location: PTD 40612, Jalan Padang Tembak, 86000 Kluang, Johor, Malaysia
- Room Price for 2 Adults: From RM450
4. 🌅 Sunrise Farm Stay Labis
Terletak di kawasan berbukit yang tenang, Sunrise Farm Stay di Labis merupakan lokasi ideal untuk pencinta alam. Ia menawarkan penginapan moden di tengah ladang dengan pemandangan matahari terbit yang memukau setiap pagi.
Apa yang menarik:
✅ Bilik lengkap dengan Wi-Fi, aircond & bilik mandi peribadi
✅ Ladang buah-buahan, sayur dan haiwan ternakan
✅ Farm tour, BBQ & aktiviti luar
✅ Mini kedai dan kawasan santai di dalam kawasan farm
- Location: LOT 3091, Jalan Segamat, Labis, 85300 Segamat, Johor, Malaysia
- Opening Hours: Monday: 8:00 am – 5:00 pm , Tuesday to Sunday: 8:00 am – 6:00 pm
- Room Price for 2 Adults: From RM118
5. 🥭 Superfruits Valley Farmstay, Senai
Walaupun JB tak ada Farm Stay macam tempat lain, korang masih boleh nikmati suasana Farm Stay di SuperFruits Senai. Pelbagai buah yang korang boleh cuba. Bezanya SuperFruits Senai dengan Farm Stay lain, disini Hanya buka untuk farm tour & campsite, tiada kabin atau bilik stay. Tetapi vibes macam Farm Stay!
Apa yang menarik:
✅ Fokus kepada buah-buahan premium seperti mangga Harumanis, jambu madu & betik eksotik.
✅ Penginapan moden dalam suasana ladang.
✅ Peluang belajar proses penanaman & teknik pertanian moden.
✅ Instagrammable dan sesuai untuk content creator juga!
- Location: Senai, Johor, https://maps.app.goo.gl/qeowgNGCyDK3tQvA7
- Opening Hours: Daily: 8:30 am – 7:00 pm
- Entrance Fee: Adult: RM115, Children (3-11 years old): RM65
6. 🍊 Desaru Fruit Farm
Korang yang nak makan buah-buahan segar dan jalan-jalan, Desaru Fruit Farm lah tempatnya. 180 ekar keluasan, berdekatan dengan Desaru Coast, sangat best. Sesuai untuk yang dah berkeluarga. Namun, tiada penginapan di ladang; hanya lawatan ladang & tinggal di hotel/airbnb berdekatan.
Ini memang farm stay yang terkenal satu Malaysia!
✅ Lawatan ladang buah yang besar dan edukatif.
✅ Aktiviti lasak: ATV ride, flying fox & paintball pun ada!
✅ Kelas memasak & demo pertanian pun disediakan.
✅ Boleh bermalam di resort berhampiran – lengkap dengan pakej tour ladang.
- Location: Desaru, Kota Tinggi, https://maps.app.goo.gl/zKqA3fakKCQCjTK9A
- Opening Hours: 9:00 am – 6:00 pm
- Entrance Fee: Adult: From RM85, Children: From 70
🧺 Kesimpulan
Setiap farm stay di Johor ini ada keunikan tersendiri – ada yang penuh aktiviti lasak, ada yang tenang dan penuh kasih sayang. Sama ada anda nak percutian keluarga, trip dengan rakan, atau getaway romantik, farm stay ini memang beri pengalaman luar biasa yang anda takkan dapat di hotel biasa!
🚌 Perlu transport dari Singapura ke farm stay ini?
Eifaz Transport sedia membantu anda dari pintu ke pintu dengan kenderaan selesa dan pemandu mesra pelanggan.
📞 Tempah sekarang untuk cuti yang lebih bermakna!