Nak plan Day Trip ke Singapura tapi tak tahu hari mana paling sesuai? Ramai pelanggan kami dari Malaysia dan Singapura setuju – Hari Ahad adalah waktu terbaik untuk Singapore Day Tour bersama keluarga! Jom kami kongsikan beberapa tips dan sebab kenapa Ahad jadi pilihan utama.
✅ 1. Jalan Raya Lebih Lancar
Hari Ahad biasanya kurang trafik, terutama di waktu pagi. Ramai warga Singapura lebih suka berehat di rumah atau keluar lewat petang, jadi perjalanan dari JB ke Singapura pada awal pagi memang lancar. Tambahan pula, di border kita melawan arus traffic dimana orang Singapura masuk ke JB, dan belum masa untuk balik dari JB ke Singapura jadi, Kurang stress, lebih masa untuk berjalan!
✅ 2. Banyak Tempat Menarik Dibuka Awal
Antara tempat yang sesuai dikunjungi pada hari Ahad:
🦁 Merlion Park – ambil gambar sekeluarga tanpa perlu bersesak!
🌳 Gardens by the Bay – sesuai untuk anak-anak bermain dan ambil angin pagi.
🛍️ Orchard Road & Bugis Street – banyak kedai dan mall dah buka seawal jam 10 pagi.
🧒 Singapore Zoo / River Wonders – best untuk keluarga yang bawa anak kecil.
✅ 3. Masa Fleksibel – Boleh Buat 6–8 Lokasi Sehari
Dengan masa perjalanan yang lancar & itinerary yang fleksibel, ramai pelanggan kami sempat:
Sarapan pagi di JB
Masuk Singapura sekitar 9–10 pagi
Lawat 6–8 tempat pilihan
Balik sebelum jam peak traffic (6–7 malam)
⚠️ Nota Penting untuk 1-Day Tour (12 Jam Sehari)
Untuk keselesaan semua pihak dan kelancaran perjalanan, sila ambil maklum bahawa:
🕒 Servis 1-Day Tour adalah selama 12 jam sahaja, contohnya:
Jika mula 7.00 pagi → tamat pada 7.00 petang
Jika mula 9.00 pagi → tamat pada 9.00 malam
⏰ Sebarang masa tambahan selepas 12 jam akan dikenakan caj tambahan mengikut jam. Caj ini akan dimaklumkan lebih awal oleh pihak kami.
💤 Pemandu kami juga manusia biasa – mereka perlu rehat secukupnya demi keselamatan dan keselesaan perjalanan anda.
🎯 Oleh itu, sila rancang itinerary anda sebaik mungkin jika tidak mahu dikenakan caj tambahan. Kami sedia bantu susun perjalanan yang padat tetapi masih santai dan mengikut masa.
✅ 4. Jimat Kos – Private MPV
Dengan Eifaz Transport, anda boleh pilih sama ada nak:
🚐 Private MPV – seperti Starex untuk seisi keluarga
🚘 4-Seater untuk pasangan atau trip kecil
👨👩👧👦 Pilihan 2-way trip pada hari yang sama
Harga tetap dan pemandu berpengalaman akan pastikan perjalanan anda selesa dan terurus.
🎒 Tips Tambahan untuk Day Tour Singapura
Bawa passport dan isikan maklumat di SG Arrival (MYICA)
Bawa baju extra jika rancang main air (contoh di East Coast atau Splash Park)
Guna kasut selesa sebab banyak berjalan
Jangan lupa powerbank dan kad monopod (jika perlu)
🚗 Kenapa Pilih Eifaz Transport?
✅ Harga tetap tanpa caj tersembunyi
✅ Pemandu berpengalaman & mesra keluarga
✅ Pilihan kereta pelbagai – 4-Seater, Small MPV, Starex
✅ Boleh custom itinerary ikut tempat yang anda nak
📆 Tempah Awal untuk Hari Ahad
Tempat terhad terutama untuk hari minggu & cuti sekolah. Tekan butang di bawah untuk semak slot & booking segera.