Cara Ke Melaka dari Singapura: 4 Pilihan Popular Yang Ramai Tak Tahu!

Ramai orang Singapura dan warga kerja di SG yang teringin nak bercuti ke Melaka. Tapi persoalannya — macam mana nak ke sana dengan mudah? Nak drive sendiri ke? Ada ke cara lain yang lagi selesa?

Rileks dulu! ✋ Jangan pening kepala. Di sini, Eifaz Transport akan kongsi 4 pilihan terbaik untuk korang ke Melaka dari Singapura, ikut bajet dan keselesaan masing-masing.

🚗 PILIHAN 1: Private Car dari Singapura ke Melaka (Paling Selesa!)

Kalau korang jenis tak nak stress fikir jalan, tol, petrol dan jem — pilih je private car service! Korang boleh duduk rileks, ambil gambar, tidur atau main TikTok sepanjang perjalanan 😄

Dengan Eifaz Transport, korang akan:

  • Dihantar terus dari rumah ke hotel (door-to-door)

  • Tak perlu turun untuk cop passport macam naik bas

  • Tak payah angkut bagasi berat turun naik

  • Travel secara private & eksklusif

  • Ada banyak pilihan kenderaan: 4-seater, 7-seater, hingga 10-seater!

  • Driver pun ramah dan berpengalaman!

🎁 Tip: Sesuai untuk keluarga besar, warga emas & pelancong yang nak keselesaan maksimum.

🚌 PILIHAN 2: Naik Bas dari Singapura ke Melaka (Bajet-Friendly)

Untuk solo traveller atau korang yang nak jimat bajet, bas ekspres dari Singapura ke Melaka pun ada!

🟢 Tempat naik bas dari SG:

  • Queen Street

  • Golden Mile Tower

  • Park Royal Hotel dan lain-lain

🚧 Perlu tahu:

  • Kena turun dua kali untuk urusan imigresen (SG & JB)

  • Kena angkut semua bagasi setiap kali turun naik

  • Ambil masa lebih panjang, sekitar 5–6 jam total

  • Sila jaga tiket bas elok-elok, hilang memang masalah!

🚍 Antara bas popular: KKKL Express, Starmart Express dan Delima.

🚘 PILIHAN 3: Drive Sendiri ke Melaka (Untuk Yang Suka Adventure)

Nak rasa pengalaman roadtrip? Drive sendiri pun boleh!

📍 Ikut je Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan korang akan lalu:

  • R&R menarik (boleh singgah makan, isi minyak, rehat)

  • Pemandangan menghijau sepanjang jalan

  • Lebih bebas nak berhenti bila-bila masa

Tapi ingat:

  • Pastikan ada Touch ‘n Go / RFID

  • Semak trafik di CIQ & PLUS highway

  • Rehat secukupnya untuk elak mengantuk

🚆 PILIHAN 4: Naik Kereta Api dari Singapura ke Melaka (Rare & Unik)

Nak cuba pengalaman unik? Naik train dari Singapura ke Melaka pun boleh walaupun tiada direct train.

🛤 Step-by-step perjalanan:

1. Naik Train Tebrau Shuttle dari Woodlands ke JB Sentral
– Hanya ambil masa ~5 minit

2. Dari JB Sentral, naik KTM Intercity ke Pulau Sebang (Tampin Station)
– Ini stesen paling dekat dengan Melaka
– Ambil masa 5 jam 30 minit
– Waktu tren: 8:45am, 2:15pm, 10:40pm
– Tiket: RM25 (dewasa), RM17 (kanak-kanak)

3. Dari Stesen Tampin ke Bandar Melaka
– Jarak lebih kurang 40km
– Boleh naik bas awam atau ambil Grab

📝 Peringatan penting:

  • Hanya ada 2–3 tren sahaja sehari

  • Kalau terlepas tren, susah nak ganti on the spot