Cara Isi SG Arrival Card untuk Masuk Singapore (2025 Panduan Mudah)

Apa itu SG Arrival Card?

SG Arrival Card ialah borang digital yang wajib diisi oleh semua pelawat ke Singapura sebelum tiba, termasuk yang naik private transport seperti Eifaz Transport.

Bila Kena Isi?

  • Wajib isi dalam tempoh 3 hari sebelum masuk Singapore.

  • Contoh: Masuk hari Jumaat, boleh isi mulai Rabu.

Melalui Mobile App “MyICA” (iOS & Android)

  1. Muat turun aplikasi MyICA Mobile melalui link di atas.
  2. Buka aplikasi MyICA.
  3. Daftar atau log masuk (boleh guna tanpa akaun untuk pelawat).
  4. Pilih menu: “SG Arrival Card”.
  5. Pilih: “Foreign Visitor”.
  6. Isi maklumat berikut:
  7. Nama & nombor passport
  8. Warganegara
  9. Lokasi penginapan (Hotel, rumah saudara, atau “Same Day Return to Johor”)
  10. Tarikh & masa tiba
  11. Klik Submit.
  12. Screenshot pengesahan dalam aplikasi sebagai bukti.

Individual Submission

Group Submission

Jika anda merancang untuk melawat Singapura bersama keluarga atau rakan-rakan, anda boleh melantik seorang wakil sebagai ketua kumpulan untuk membuat Group Submission bagi SG Arrival Card.

Ini akan menjimatkan masa kerana semua maklumat boleh dihantar sekaligus dalam satu borang – lebih mudah, lebih cepat, lebih teratur!

❗ Perlu Cetak?

  • Tak perlu cetak. Cukup tunjuk screenshot bila sampai di border.

🛑 Penting:

  • SG Arrival Card bukan visa.

  • Jangan isi lebih awal dari 3 hari — sistem akan tolak.

  • Kalau tak isi, boleh kena tahan di imigresen.

💡 Tips:

  • Guna Google Chrome untuk paparan terbaik.

  • Simpan gambar confirmation dalam galeri, mudah untuk tunjuk nanti.