Cara Isi MDAC (Malaysia Digital Arrival Card) Sebelum Masuk Malaysia 2025

Apa Itu MDAC?​

MDAC adalah borang digital yang wajib diisi oleh semua pelawat bukan warganegara sebelum masuk Malaysia — termasuk pelawat dari Singapura, kecuali yang masuk by land.

Bila Kena Isi?

  • Dalam tempoh 3 hari sebelum ketibaan ke Malaysia.

  • Sekali sahaja untuk tempoh 30 hari. Tak perlu isi setiap kali masuk kalau masih dalam tempoh tu.

Langkah-langkah mengisi MDAC:

  1. Klik link di atas.

  2. Pilih: “Fill Up MDAC”.

  3. Isi butiran seperti:

    • Nama penuh

    • Nombor passport

    • Negara asal

    • Tarikh ketibaan

    • Lokasi masuk (contoh: Sultan Iskandar CIQ, Woodlands atau Tuas)

    • Jenis kenderaan (boleh tulis: “Private Vehicle”)

  4. Submit & simpan screenshot pengesahan.